BudakBoy Forum Index BudakBoy
Sebuah Forum Komuniti BudakBoy
 
 FAQFAQ   SearchSearch   MemberlistMemberlist   UsergroupsUsergroups   RegisterRegister 
 ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 

Your Ad Here
Remove Advertisement
Doktor,Islam dan Logik.

 
Post new topic   Reply to topic    BudakBoy Forum Index -> Diskusi
View previous topic :: View next topic  
Author Message
Syahrizal
Site Admin


Joined: 05 Nov 2005
Posts: 10
Location: Kepala Batas,Kedah

PostPosted: Mon May 29, 2006 6:40 pm    Post subject: Doktor,Islam dan Logik. Reply with quote

Doktor, Islam dan Logik
Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin
memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak
"Dalam diri-diri   kamu   ada  kebesaran  Tuhan".Doktor  menyuruh  kita  melihat kedua  tapak  tangan  dan  perhatikan  garis-garis  di  tapak  tangan kita.Garisan-garisan  di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan  tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1.Cara makan,kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah
s.a.w,  beliau  akan  menggaulkan  lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian  membiarkan  sebentar,  lalu  Rasullah  saw akan mengambil sedikit garam  menggunakan  jari  kecilnya(yg  last  tu),  lalu  Rasullah  saw akan menghisap  garam  itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya!. Mengapa?  Kerana  kedua  belah  tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,
tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini  adalah
kerana  enzim  yg  ada  di  tangan  kanan  itu  merupakan enzim yang  dapat
menolong  proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of
digestion. Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari
tanah  yg  diperlukan  oleh  badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu
adalah  sama  dgn  satu  liter  air  mineral.  Kita berasal dari tanah maka
lumrahnya   bahan  yang  asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat
untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam
juga  adalahpenawar  yang  paling  mujarab  bagi  keracunan,  mengikut  Dr,
dihospital-hospital,  the  first  line  of  treatment  for poisoning adalah
dengan  memberi  Sodium  Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang
sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2.Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah banyak 40
kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita  senang
memproseskan makanan itu.

3.Membaca   Basmalah  (Bismillahirrahma  Nirrahim).  Membaca
Basmalah  sebelum  makan  untuk  mengelakkan  penyakit. Kerana bacteria dan
racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka
bakteria  dan  racun  akan  musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah
minum.  Janganlah  kita minum berdiri walaupun makruh tetapi ia makruh yang
menghampiri  kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan
bernafas  sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar,
lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan
bernafas  dan  menghembuskan  nafas  dari  hidung kita. Kerana apabila kita
hembus,  kita  akan  mengeluarkan  CO2  iaitu  carbon dioxide, yang apabila
bercampur   dgnairH20,   akan  menjadi  H2CO3,  i!aitu  sama  dengan  cuka,
menyebabkan  minuman  itu  menjadi  acidic.  Jangan  meniup  air  yg panas,
sebabnya  sama  diatas.  Cara  minum,  seteguk  bernafas,  seteguk bernafas
sehingga habis.

4. Mengapa  Islam  menyuruh  di  sebat  100  kali  orang  belum
berkahwin  yang  berzina,  dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin
yang  berzina?  Badan  manusia  akan  mengeluarkan sel-sel darah putih atau
antibiotik  yg  dapat  melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah
tulang  belakang,  berdekatan  dengan  sum-sum  tulang manusia. Lelaki yang
belum  berkahwin  dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala
lelaki  yang  sudah  berkahwin  hanya  dapat  menghasilkan  10 unit sel ini
sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana
perhubungan      suami     isteri.     Jadi     apabila     lelaki     yang
belum  berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini
adalah  kerana  apabila  dia  disebat  di belakangnya, suatu amaran tentang
kesakitan !itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat
melawan  virus  HIV  jika  ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi
melawan  virus  HIV  itu.  Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun
disebat  100  kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibody sahaja, jadi
dengan  itu  hukumannya  direjam hingga mati agar dia tidak dapatmerebakkan
virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr
Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit
informasi yang diberikan oleh Mudarisana,

5.Mudaris  Iskandar  mengenai  Ka'bah.  Mengapa ia terletak di
Mekah  al-  Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube).  Ia terletak di
posisinya  sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari
Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah
betul-betul  di  tengah  bumi.  Mengapa  ia  empat persegi, ia melambangkan
perpaduan  ummah  yang  bergerak  maju!  bersama, equality and unity, tidak
seperti  bentuk  pyramid,  dimana  ia  diumpamakan,  seperti  hanya seorang
pemenang  yg  berada diatas  setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara
lagi  sebab  mengapa  4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali,
Hanafi  dan  Syafi'i,  melambangkan  kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah Khairan Kathiran.
_________________
Yang benar,Syahrizal.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger MSN Messenger
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    BudakBoy Forum Index -> Diskusi All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum


Powered by phpBB © phpBB Group. Hosted by phpBB.BizHat.com

For Support - http://forums.BizHat.com

Free Web Hosting | Free Forum Hosting | FlashWebHost.com | Image Hosting | Photo Gallery | FreeMarriage.com

Powered by PhpBBweb.com, setup your forum now!